Support Dan Resistence Untuk Kajian Teknikal Analisis

Support dan Resistence merupakan salah satu teknikal analisis yang diguna pakai oleh ramai trader dalam kajian saham.

Ianya adalah analisa asas yang penting dan wajib tahu jika anda menceburi dalam saham.

Untuk pengetahuan, bagi yang newbie perlu tahu bahawa dalam saham terdapat 2 jenis analisa iaitu Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis.

Fundamental Analisis adalah kajian sesuatu syarikat dengan melihat kepada penyata kewangan syarikat. Contohnya dengan mengetahui intrinsic value, Earning per share, PE Ratio, Dividend yield dan lain-lain.

Teknikal Analisis pula melibatkan kajian daripada data yang lepas seperti mengetahui cara baca chart, candlestick, volume, trend, support dan resistence dan lain-lain.

Apa itu Support dan Resistence?
Dalam saham Support adalah paras harga terendah sebagai sokongan sekiranya berlaku kejatuhan harga yang boleh menyebabkan kerugian. Dalam bahasa mudah disebut sebagai LANTAI.

Manakala Resistence pula adalah paras harga tertinggi yang cenderung sesuatu saham tersebut naik bagi membuat ‘profit taking’. Dalam bahasa mudahnya disebut SYILING.

Untuk lebih faham, tengok contoh Support-Resistence pada rajah di bawah:

Maksudnya di sini, support dianggap sebagai lantai dimana jika harga berada paras support, adalah baik untuk trader beli waktu ini kerana beli pada harga murah.

Manakala resistence pula, adalah paras harga dimana untuk jual.

Biasa kita dengar ‘beli harga murah, jual harga tinggi’. Jadi support-resistence inilah jawapannya.

Apa berlaku sekiranya harga Pecah Support dan Resistence?
Pertama sekali dalam kes sebegini apabila harga pecah support, bermaksud harga cenderung untuk jatuh lebih rendah dan mencipta paras support baru (Lantai-support 2).

Dan paras support lama (Lantai-support 1) akan menjadi sebagai resistence (Syiling) kita.

Manakala jika harga pecah resistence pula bermaksud harga saham cenderung untuk terbang lebih tinggi dan akan mencipta paras resistence (syiling-resistence 2) yang baru.

Dan paras resistence yang lama (Syiling-resistence 1) akan tukar menjadi sebagai support (Lantai) pula.

Breakout
Satu ilmu yang penting di sini, apabila harga berjaya pecah resistence bermakna telah berlakunya ‘BREAKOUT’.

Apabila breakout berlaku, harga cenderung untuk naik sangat laju untuk cipta paras resistence yang baru.

Jadi tipsnya, salah satu cara trader ‘Take Profit’ adalah apabila berlakunya Breakout ini.

Cara untuk tahu bila mana terjadinya Breakout yang berjaya adalah seperti:

1. Volume yang besar
2. Candlestick Morubozu
3. Gap up

Cara Tentukan Support dan Resistence
Secara ilmiahnya, cara tentukan support dan resistence ini adalah abstrak dimana kajian setiap orang tidak akan sama 100% dan boleh berubah-ubah mengikut pendangan mata kasar masing-masing.

Namun selagi anda faham ilmu asas melukis support-resistence ini, maka sudah memadai untuk membuat kajian anda sendiri.

Untuk lebih faham, lihat contoh dibawah untuk tahu cara tentukan support-resistence.

Support-Resistence 1

Support-Resistence 2

Kesimpulan
Jadi jika yang masih newbie dan baru berjinak dalam saham, boleh cuba aplikasikan ilmu ini untuk kajian anda.

Dan di nasihatkan juga, bagi yang masih baru dalam dunia saham sebaiknya mulakan kajian saham dengan paper trade sebagai proses pembelajaran pertama anda.

Selain itu, kami di Mahersaham turut mahu membantu sesiapa sahaja yang serius ingin belajar saham. Lawati untuk mulakan langkah pembelajaran saham anda!

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham