Memahami Asas Support And Resistance

Pengenalan
Semua orang yang baru bersaham mesti pernah disebut-sebut oleh orang lama untuk master your support dan resistance understanding.

Support dan resistance adalah perkara paling fundamental dan basic yang wajib setiap trader tahu sebelum bersaham.

Tapi apa itu support dan resistance? Dan bagaimana physcology di sebalik kejadian support and resistance?

Support dan resistance adalah permainan physcology traders yang mempunyai sifat tamak (greed) dan takut (fear); 2 sifat utama traders dalam saham yang mana melahirkan area of supply and area of demand.

Dalam post ni saya akan berkongsi tentang:

1. Apa itu support dan resistance ,
2. Jenis-jenis support dan resistance,
3. Contoh di chart untuk setiap jenis support dan resistance
4. Cara trade support dan resistance
5. Ciri-ciri penting support dan resistance.

Apa itu support and resistance?
Cara paling mudah untuk imagine ape itu support dan resistance adalah ibarat rumah bertingkat seperti gambar di bawah ni.

Support adalah ibarat lantai, manakala resistance adalah ibarat siling.

Harga saham biasanya akan rebound ke atas di area of demand iaitu support, manakala akan rebound ke bawah di area of supply iaitu resistance. Demand ni ibarat minat belian sesuatu produk, manakala supply ni adalah minat jualan sesuatu produk.

Bila demand mengatasi supply harga akan naik.

Bila supply mengatasi demand, harga akan turun.

Lantai menjadi area of demand dimana ramai traders berminat untuk membuat belian membuatkan harga rebound ke atas.

Manakala siling menjadi area of supply dimana ramai traders berminat untuk menjual (taking profit) membuatkan harga rebound balik ke bawah.

Namun jika ada kemasukan demand yang tinggi mengatasi supply di area resistance, kejadian breakout akan berlaku.

Begitu juga jika ada supply yang tinggi mengatasi demand di area support, kejadian pecah support akan berlaku.

Keliru ke boleh faham setakat ni? Jangan risau nanti kita akan tengok contoh dalam chart.

Jenis-Jenis support dan resistance
Ada bermacam-macam jenis support dan resistance, tapi saya akan listkan yang penting dan basic sahaja dalam post kali ni.

Jenis support dan resistance:

1. Horizontal S&R
2. Trendline S&R
3. Dynamic S&R
4. Others : Fibonacci dan Gann Chart

Horizontal Support dan Resistance
Horizontal S&R adalah the most basic principle yang seseorang trader perlu kenal pasti sebelum bersaham.

Cara mengenal pasti dan lukis horizontal line di chart adalah cari range of price yang mane jelas menampakkan harga tak boleh naik atau harga tak boleh turun.

Kebiasaanya dalam fasa sideway, area range of horizontal support and resistance lebih senang untuk kita nampak. Jom lihat contoh chart di bawah ni.

Contoh chart daily kaunter Hongseng, ada 3 kejadian sideway yang mana kita boleh lukiskan area of support dan resistance.

Volume pada fasa ranging between horizontal support dan resistance ni biasanya memang tak menarik sangat, hampir mati dan sangat sedikit transactionnya. Volume hanya akan tinggi bila harga breakout resistance (demand > supply) (refer early September 2021) dan juga volume jualan (sell-off) tinggi bila harga bocor support (supply > demand) (refer Disember 2021).

Cara untuk trade horizontal support dan resistance adalah:

1. Cara paling selamat adalah membuat entry masa harga berada di support (lebih banyak touch sesuatu support lagi kuat support tersebut) dan taking profit just before price sampai ke resistance line.
2. Cara yang saya minat adalah membuat entry semasa harga berjaya memecahkan resistance, yang penting harus di accompany oleh buying volume yang tinggi dari kebiasaan.

Trendline Support dan Resistance
Trendline support dan resistance biasanya berlaku pada fasa uptrend dan downtrend. Harga seakan membentuk channel movement in range.

Trendline support dan resistance boleh menjadi penanda aras untuk perubahan pergerakan trend untuk sesuatu saham. Penting untuk faham konsep ni.

Contoh di atas adalah chart weekly kaunter FRONTKN, yang mana kita tau technology stocks sekarang dah berada di kritikal point di mana possibility untuk perubahan trend dari uptrend ke downtrend.

Jika dilihat dari chart di atas, jika harga memecahkan major trendline support due to selling off akan lagi mengharu birukan trader or investor yang masih ada pegangan. Sbb jika bocor support tu, dia akan terus mencari support lain yang lebih bawah. Who knows when will it stops from jatuh.

Contoh di atas ni pula adalah chart weekly EVERGREEN, yang mana kita boleh lihat dia berada di downtrend channel di sebelah kiri, dan harga ranging dalam channel support dan resistance selama hampir 5 tahun. Pening!

Tapi once harga breakout dari resistance with volume pada hujung tahun 2020, maka perubahan trend telah berlaku. Dari down trend ke sideway (berehat) sebelum possible merubah trend ke uptrend InsyaAllah.

Cara untuk trade trendline support dan resistance adalah sama seperti horizontal S&R:

1. Cara paling selamat adalah membuat entry masa harga berada di support (lebih banyak touch sesuatu support lagi kuat support tersebut) dan taking profit just before price sampai ke resistance line.
2. Cara yang saya minat adalah membuat entry semasa harga berjaya memecahkan resistance, yang penting harus di accompany oleh buying volume yang tinggi dari kebiasaan.

Dynamic Support and Resistance
Dynamic support dan resistance ni adalah Moving Average (MA) Line dan juga Exponential Moving Average (EMA).

MA dan EMA line yang biasa saya consider adalah EMA10, EMA20, MA50 dan MA200. 4 ni sahaja, melalui backtest 4 MA line ni kena dengan jiwa saya. haha

Biasanya cara trade untuk dynamic support ni lain skit dari yang sebelumnya, di mana preference saya adalah untuk take profit bila sesuatu saham itu dah bocor MA line yang telah saya tetapkan. Contoh seperti di bawah.

Contoh chart ini adalah chart daily kaunter HONGSENG, yang kita boleh lihat dia berada di stage 2 uptrend stage, dan harga sudah mula melakukan kenaikan secara laju atau parabolic dari awal bulan Julai hingga November 2021.

Jika kita perhatikan, EMA20 menjadi support keras kenaikan yang mana harga tak pernah bocor selama beberapa bulan. Jadi apa yang kita boleh faham di sini adahal chart ni sangat patuh line Ema20.

Jadi tugas kita sebagai trader, bila dah kenal pasti support dynamic yang patuh, kita boleh entry trade masa dia pullback ke line Ema20 ataupun jika kita dah buat earlier entry, bila pullback ke line Ema20 kita boleh tambah pegangan saham (average up).

Contoh best case scenario untuk kes di atas:

* Aryan yang bijak adalah trend following trader.
* Dia entry once horizontal line breakout pada 11 Julai yang divalidatekan oleh volume yang tinggi pada harga RM0.925 seunit.
* Aryan punya trading plan adalah untuk take profit jika harga tutup di bawah EMA20. Jika belum dia akan HODL-kalau-orang-tembak-pun-tak-jual.
* Harga closing pecah EMA20 support pada 11 November pada harga terendah RM3.19 seunit.
* Aryan membuat keuntungan bersih 244.86% hanya selama 4 bulan.

Nampak mudahkan? Tak complicated pun cara Aryan ni, anda pun dengan persiapan rapi backtest hari-hari boleh je dapat fortune yang sama. InsyaAllah.

“Success = Preparation + Opportunity” – Dan Zanger

Others: Fibonacci dan Gantt Chart
Fibonacci dan Gantt chart ni saya pernah belajar dan pernah pakai pada awal-awal trade dulu. Tapi saya jarang dah pakai sekarang. Cuma saya boleh tunjukkan basic2 penggunaan dia saja.

Fibonacci

Contoh chart di atas adalah chart daily JAYATIASA, yang mana kita boleh lihat dia melakukan harga terendah pada July 2021 pada harga rm0.56, kemudian rally ke harga tertinggi rm0.79 pada Oktober 2021 sebelum making another pullback.

Cara untuk tarik fibo retracement line ni, adalah dengan tarik harga tertinggi ke harga terendah. Dari situ nanti akan keluar fibo line yang boleh dijadikan sebagai support dan resistance.

Jika dilihat pergerakan harga selepas harga tertinggi, ada pullback berlaku. Dengan fibo retracement line yang kita dah identified, kita boleh jangkakan di line fibo mana yang harga akan rebound ke atas atau ke bawah (as support dan resistance).Jika dilihat pada chart, arrow menunjukkan tempat di mana supply and demand works happening.

Kata cikgu Najib GMB saya, “ini bukan magik ya, tapi teknik!”, Tapi memang jelas kepatuhan pada fibo support dan resistance line berlaku.

Anda boleh cuba backtest cara ni jika berminat.

Cara untuk trade fibo line support dan resistance adalah:

1. Tunggu harga membuat retracement atau pullback dari harga tertinggi sebelumnya. Jika ada pergerakan volume masuk dan rebound dekat identified fibo line, kita boleh turut sama entry. Cara sama untuk exit adalah take profit dekat resistance fibo line jugak.
2. Yang sedikit menarik pasal fibo line ni, kita juga boleh set take profit target dekat next fibo line yang available. Contoh untuk kaunter JAYATIASA ni, kita boleh set TP kita pada next fibo line 2.618. Tapi tu jangkaan je, kena ingat “Market always has the final say, opinions are not” – Mark Minervini.

Gantt Chart
Gantt Chart ni dia macam horizontal support dan resistance je, cuma dia dah preset harga dalam gant chart. Peningkan? hahaha. Refer Gant Chart bawah ni

Nota penting dia:

1. Kotak merah : support dan resistance yang kuat
2. Kotak biru : support dan resistance yang kedua kuat
3. Cara bacaan dia, bermula dengan nombor 1 dan seterusnya mengikut arah pusingan jam (clockwise)

Peningkan? Jom tengok contoh.

Contoh chart di atas adalah chart daily kaunter PCHEM, saya dah letakkan garis gant chart price secara manual dari harga RM4.00 hingga ke RM6.90.

Line merah adalah strong support manakala line biru adalah secondary strong support.

Jika dilihat pergerakan harga, memang jelas dia mengikut gantt line samada merah atau biru, maknanya di setiap line tu ade orang membeli (support) dan ada juga yang menjual (resistance). Lihat pada chart, arrow menunjukkan tempat di mana supply and demand works happening.

Cara untuk trade gantt chart line support dan resistance adalah:

1. Kena kenalpasti harga berdasarkan gantt chart, ambik yang terdekat dengan harga semasa.
2. Jadikan value dalam kotak merah dan biru sebagai support dan resistance korang.
3. Cara trade masih sama, boleh entry di support dan jual di resistance.
4. Cara yang saya prefer adalah membuat entry semasa harga berjaya memecahkan resistance, yang penting harus di accompany oleh buying volume yang tinggi.

Kriteria Penting Support dan Resistance
Ada beberapa kriteria penting yang perlu trader amik kira sebelum trade menggunakan support dan resistance.

1. Support dan Resistance is an area, bukan line
2. Support boleh jadi resistance, dan resistance boleh jadi support
3. Lagi banyak sentuh dan lagi tinggi timeframe, lagi kuat support dan resistance

Support dan Resistance adalah zone, bukan straight line
Tengok contoh chart daily kaunter TAAN di bawah ni.

Kalau tengok in detail memang jelas nampak yang support dan resistance boleh ranging di dalam zone box kecik dia, bukan definite value atau straight line.

Jadi kena ingat ni, bila kita set support atau resistance, jangan set as a definite number tapi letak dia as a range of numbers.

Support boleh jadi resistance, dan resistance boleh jadi support
Pernah dengar term Support become Resistance (SBR) dan Resistance become Support (RBS)?

SBR ni terjadi bilamana support bocor dan harga kembali test dekat previous support yang sekarang ni dah menjadi resistance baru untuk harga tersebut.

Sebaliknya RBS ni pula terjadi bilamana resistance berjaya dipecahkan dan harga kembali turun test dekat previous resistance yang sekarang ni dah menjadi support baru untuk harga tersebut.

Pening-pening jom tengok contoh chart RBS dan SBR.

Lagi banyak sentuh dan lagi tinggi timeframe, lagi kuat support dan resistance.
Support dan resistance zone yang kuat mesti historically pernah di test banyak kali. Lagi banyak kali tested, lagi strong support dan resistance.

Dalam contoh chart kaunter BPLANT di atas, weekly timeframe, zone 0.635 merupakan strong resistance dan support line. Dalam weekly timeframe sahaja, ada 11 kali test berlaku dekat zone harga tersebut.

Jadi boleh la kita consider zone tu as strong support dan resistance. Once zone harga ni pecah, the rest is history lah. Kenaikan harga selepasnya terus bersifat parabolic.

In a Nutshell
Harap sampai sini korang dah dapat idea serba sedikit lah pasal support dan resistance ni, to recap briefly:

* Support dan resistance adalah basic fundamental yang wajib trader ambik tahu dan mahir sebelum bersaham
* Ada banyak jenis support dan resistance, tapi saya syorkan korang untuk mahir horizontal, trendline dan dynamic support je dulu awal-awal ni. yang lain tu point plus je.
* Support dan resistance bukan definite line, ia adalah zone range harga. Be flexible
* Lagi banyak kali historically support dan resistance tu disentuh (test), lagi strong zone tu. Tapi kalau pecah, boleh ke bulan terus. haha

Support dan Resistance ni memang sangat basic, tapi kalau korang nk mendalami ilmu technical analysis saya rasa fundamental ilmu ni memang kena well verse dulu.

Tak susah pun sebenarnya, spare your time untuk buat backtest, A LOT! Setiap hari buat target berapa chart yang korang nk tengok dan lukis support and resistance area dia.

Lagi banyak tengok lagi cepat pandai. History repeats itself. Chart formation, pergerakan harga dari zaman jesse livermore ke harini sama je tak pernah berubah, jangan risau. Yang paling penting, kita kena preparation, buat homework. Bila opportunity comes knocking, we are ready to fight!

Harap post ni dapat membantu korang mengenal pasti basic fundamental support dan resistance. Dah faham jangan lupa pula cuba-cuba backtest chart.

Kalau ada salah dan silap fakta boleh komen dan betulkan. Kalau korang rasa post ni bermanfaat, boleh share untuk kawan-kawan.

Thanks!

SahamRoket.com adalah portal personal trading journal dan juga sharing on technical analysis; on what i know so far & what I will learn throughout the process.