9 Printer Terbaik Di Malaysia 2022 Inkjet Laser Bluetooth

Printer merupakan salah satu mesin penting yang boleh memudahkan kita dalam melaksanakan tugasan percetakan.

Lebih-lebih lagi, bila bekerja di rumah dan memerlukan banyak percetakan menjadikan anda perlu memilih printer paling bagus.

Jadi kami bantu anda senaraikan jenama printer terbaik untuk anda guna di rumah.

Senarai 9 Jenama Printer Terbaik
Semak Epson EcoTank L3256 / L3250 A4 WiFi All in One Ink Tank Printer harga dibawah:

add_circleCetakan resolusi tinggi

add_circleKelajuan tinggi

add_circleInk tank boleh refill

add_circleBoleh disambungkan dengan aplikasi smartphone untuk menetapkan fungsi printer

remove_circleTidak boleh double sided printing

Sebab menjadi pilihan utama:

Printer jenama Epson boleh menjimatkan kos printing kerana dakwat boleh diisi semula.

Ciri-ciri:

Kapasiti dakwat juga tinggi dimana mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih, 7500 halaman cetakan berwarna.

Selain itu, Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan wifi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti.

Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer dan monitor ink level dari smartphone anda.

Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi manakala resolusi scanner mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.

Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.

Epson turut menyediakan warranty selama 2 tahun atau 30,000 halaman cetakan.

Review:

“Kerja sekolah anak, kerja office guna printer ni. Baguslah. Warna dia pun cantik”

Semak Canon Pixma E470 harga dibawah:

add_circleBoleh mencetak sehingga 400 helai

remove_circleSaiz cartridge kecil

Jenama printer ini berupaya memberi fungsi 3 in 1 iaitu, print, scan dan copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.

Dengan fungsi wifi atau wireless, anda boleh monitor ink level printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.

Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4): 4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).

Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi.

Canon juga turut memberi warranty selama 3 tahun kepada pengguna.

Semak Brother DCP-T220 harga dibawah:

add_circleCetakan beresolusi tinggi

add_circleKelajuan cetakan yang tinggi

add_circleInk boleh di refill

add_circleLebih penjimatan

add_circleJenama yang dikenali

remove_circleTiada fungsi wireless

Printer jenama Brother ini merupakan antara printer tank yang terbaik kerana mampu memberi penjimatan dan boleh refill semula.

Malah, printer ini mampu berfungsi print, scan dan copy pada satu printer dan kelajuan mencetak agak tinggi 16 ipm.

Bagi cetakan hitam putih dan 9 ipm untuk cetakan berwarna.

Kualiti resolusi printer pula mampu mencecah sehingga 1200 X 6000 dpi pada platform Windows.

Manakala untuk Mac mampu mencecah sehingga 1200 X 3600 dpi.

Brother turut memberi warranty selama 3 tahun atau halaman cetakan (mana yang sampai dulu) kepada pengguna.

Semak Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) harga dibawah:

add_circleHarga toner yang berpatutan

add_circleRingkas dan mudah digunakan

add_circleTahan lasak dan tidak mudah jammed

add_circleBoleh cetak double sided

add_circleBoleh cetak kuantiti banyak

remove_circleTiada cetakan berwarna

Printer ini merupakan printer laser monochrome bersaiz kompak dan berkualiti tinggi.

Mempunyai ciri kemampuan mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.

Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600×600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.

Seterusnya kelajuan cetakan boleh mencecah sehingga 20ppm.

Bukan itu sahaja, bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.

Brother turut menyediakan warranty selama 3 tahun kepada pengguna.

Semak HP DeskJet 2336 All-in-one Printer harga dibawah:

add_circleMudah digunakan

add_circleCetakan resolusi tinggi

remove_circleTiada fungsi wireless

Dengan penggunaan ink HP thermal inkjet, printer ini boleh dikategorikan printer yang menjimatkan.

Malah mampu memberikan fungsi all in one pada satu printer dengan kualiti cetakan yang bagus.

Untuk resolusi maksimum sehingga 1200X1200 untuk hitam manakala percetakan warna pula mampu mencecah sehingga 4800 X 1200.

Bahagian scanning pula resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi.

Paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas.

HP juga turut memberi warranty selama 3 tahun kepada pengguna.

Semak HP Smart Tank 720 All-in one harga dibawah:

add_circleFungsi all in one

add_circleSambungan bluetooth dan wifi

add_circleCetakan resolusi tinggi

add_circleKelajuan tinggi

Printer jenama HP ini mempunyai fungsi all in one termasuk kelebihan boleh menyambung wifi dan bluetooth.

Maksudnya anda boleh membuat penyambungan pada smartphone ataupun komputer.

Selain itu, kualiti cetakan dengan resolusi maksimum sehingga 1200 X 1200 dpi untuk hitam putih dan 4800 X 1200 dpi untuk cetakan berwarna.

Kelajuan cetakan pula, printer ini mampu mencetak pada kelajuan 15 ppm untuk hitam putih dan 9 ppm untuk cetakan berwarna.

Kapasiti paper tray, mampu memuatkan sehingga 100 keping kertas A4 untuk satu sesi.

Dakwatnya pula mampu mencetak hingga 6000 halaman untuk cetakan hitam dan 8000 halaman untuk cetakan berwarna.

Bagi fungsi mengimbas pula, mampu mencecah resolusi maksimum sehingga 1200 dpi dengan kelajuan sehingga 3.5 ipm.

Kemudian, fungsi salinan, resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi dengan kelajuan sehingga 13 cpm untuk hitam putih, 6 cpm untuk berwarna.

HP turut menyediakan warranty selama 2 tahun dengan 1 kali penggantian untuk unit yang bermasalah.

Semak Canon Pixma MG2577S harga dibawah:

add_circleJenama yang dikenali

add_circleKualiti cetakan yang baik

remove_circleTiada fungsi wireless

Printer jenama Canon merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin mencari printer bajet murah dan bagus.

Walaupun murah tapi mampu memberi resolusi cetakan maksimum sehingga 4800 dpi (horizontal) dan 1X600 dpi (vertical).

Kelajuan printing masih menepati ISO standard print speed (A4) iaitu 8.0 ipm untuk hitam putih manakala 4.0 ipm untuk cetakan berwarna.

Saiz printer ini juga kompak, ringan, mudah dibawa kemana-mana dan mudah disimpan.

Canon turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Semak Epson EcoTank L14150 All in One Printer harga dibawah:

add_circleResolusi tinggi

add_circleAda wifi dan ethernet

add_circleSesuai untuk kegunaan syarikat atau pejabat

Walaupun harga agak mahal tapi pembelian yang berbaloi kerana mampu memberi fungsi 4 dalam 1 iaitu A3 print, Copy, Scan dan fax.

Printer ini mampu memberi fungsi duplex atau double sided print dengan kelajuan 17 ISO ipm untuk hitam dan 9 ISO ipm untuk cetakan berwarna.

Resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 240 dpi.

Printer ini turut mempunyai sambungan wifi dan ethernet yang berkelajuan 10/100 Mbps.

Printer ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan personal tapi juga sesuai untuk kegunaan syarikat atau pejabat.

Epson turut memberi warranty selama 2 tahun kepada pengguna

Printer terbaik untuk print gambar

Semak Xiaomi Mi Pocket Photo Printer harga dibawah:

add_circleCetak gambar dari smartphone

add_circleBoleh sambung 3 peranti dalam satu masa

add_circleTidak perlu ink

remove_circleHanya boleh cetak gambar

Printer jenis ini merupakan printer bersaiz mini yang membolehkan anda mencetak gambar daripada Android 4.1 atau iOS 9.0 dan ke atas dengan sambungan bluetooth.

Printer ini boleh disambungkan ke 3 peranti dalam satu masa.

Dengan printer ini, anda boleh mencetak dan menyunting gambar dengan menggunakan aplikasi Mijia Apps.

Printer ini tidak memerlukan ink dan menggunakan kertas jenis zink, cetakannya juga pantas dimana ia hanya mengambil masa 40 saat untuk sekeping gambar.

Resolusi cetakan printer adalah 313 x 400 dpi dan dimensi cetakan ialah 2X3 Inci.

Paper tray mampu memuatkan 10 helai kertas.

Xiaomi turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Tip Memilih Printer Yang Baik
Printer yang bagus sebenarnya bergantung pada kegunaan kita pada sesebuah mesin printer.

Jika anda kerap menggunakan printer, pastikan printer tersebut mampu mencetak banyak kertas dalam satu masa.

Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi ciri-ciri printer yang baik. Antaranya;

Selain dari memilih printer jenama terkenal, spesifikasi printer juga perlu diambil kira bagi memastikan jenis printer yang dipilih bersesuaian dengan keperluan.

Kualiti juga perlu diambil kira untuk memastikan printer tahan lasak dan tidak mudah jammed semasa anda menggunakannya.

Tambahan lagi, kualiti cetakan juga perlu diambil kira, resolusi yang tinggi akan memberi cetakan yang cantik.

Printer dan dakwat mempengaruhi kos penggunaan cattridge atau toner.

Printer inkjet atau deskjet mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna.

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.

Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.

Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).

Tapi zaman sekarang terdapat printer yang menggunakan ink tank dimana boleh refill semula dakwat sekaligus menjimatkan wang daripada membeli cartridge baru.

* Kertas dan jumlah pencetakan

Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer.

Ini kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000.

Di pasaran terdapat jenis printer yang memerlukan sambungan wayar dan juga jenis sambungan wireless.

Printer jenis wireless lebih memudahkan anda untuk bawa kemana saja dan menyambung ke pelbagai peranti.

Ingin tahu lebih lanjut lagi, jom kita dengarkan penerangan ringkas dari video dibawah.

Beza Inkjet Dan Laserjet
Tak semua fungsi printer sama, jadi sebelum nak beli perlu tahu apa perbezaan inkjet dan laserjet supaya pembelian berbaloi.

Harga printer inkjet atau deskjet yang murah mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.

Cuma perlu mengetahui penggunaan anda, jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Tapi, dakwat cartridge sedikit mahal berbanding dakwat jenis ink tank.

Berbeza dengan printer lain, printer laser menggunakan proses dakwat semburan (toner).

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat, kuantiti yang banyak.

Warna dihasilkan pun jauh lebih cantik dimana anda akan nampak permukaan gambar lebih berkilat.

Tapi, printer laserjet lebih mahal berbanding ink tank dan cartridge.

Artikel Berkaitan