9 Jenama Power Bank Terbaik Untuk Smartphone 2022

Kini powerbank sudah menjadi aksesori yang tidak asing lagi untuk mengecas telefon dimana saja.

Malah ada kapasiti powerbank yang bagus sampai boleh diguna untuk mengecas kamera, laptop riba dan tablet. Ya, multipurpose!

Tercari power bank yang baru atau ingin tambah koleksi powerbank berkualiti?

Berikut merupakan pilihan powerbank terbaik.

Senarai 9 Power Bank Terbaik Untuk Smartphone di Malaysia
Powerbank terbaik secara keseluruhan

Semak Anker PowerCore harga dibawah:

add_circlePengecasan pantas

add_circleHarga berpatutan

remove_circleBerat untuk dibawa

* Berat: 354g
* Saiz: 16.6 x 5.8 x 2.2cm
* Kapasiti bateri: 20,100mAh
* Port: 2x USB-A (output), 1x micro-USB (input)

Anker PowerCore mempunyai kapasiti bateri sebesar 20,100 mAh.

Dengan kebesaran bateri powerbank ini mampu memberi jangka hayat pengecasan yang lebih panjang sebelum anda mengecas semula.

Selain itu, turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas

Powerbank tahan lama ini juga mampu mengecas 2 peranti serentak dalam satu masa melalui pasangan port USB 2.4 Amp.

Jika peranti tersebut menggunakan PowerIQ atau VoltageBoost seperti kebanyakkan phone Android sekarang, ia akan mengecas dengan lebih pantas.

Dari segi reka bentuk, nampak menarik dan harga juga berpatutan setaraf dengan kualiti yang ditawarkan.

Cuma sedikit berat jika ingin dibawa atau diletakkan di dalam bag.

Semak INIU 10000mAh harga dibawah:

add_circleRingan untuk dibawa

add_circleMampu mengecas 3 peranti serentak

remove_circleKapasti bateri kecil

* Berat: 198g
* Saiz: 13.21 x 6.86 x 1.27cm
* Kapasiti bateri: 10,000mAh
* Port: 2x USB-A, 1x USB-C (output) 1x microUSB, 1x USB-C (Input)

Powerbank INIU ini memiliki kapasiti bateri sebanyak 10,000 mAh.

Saiz badan tidak sebesar dengan powerbank yang lain tapi lebih mudah dan ringan untuk dibawa.

Dengan harga yang murah, jenama powerbank terbaik ini juga mampu mengecas tiga peranti dalam masa yang sama.

Dilengkapi dengan kedua-dua port output; USB-A dan USB-C. Jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian peranti anda.

Selain peranti seperti smartphone, powerbank ini juga sesuai digunakan pada peranti berkuasa rendah.

Antaranya earphone Bluetooth, Fitbits, jam tangan pintar dan seumpamanya.

Dengan harga yang murah dan ringan untuk dibawa kemana sahaja, memang sesuai untuk anda yang banyak urusan di luar rumah.

Powerbank 20000mah terbaik

Semak Anker PowerCore III Elite harga dibawah:

add_circlePengecasan pantas

add_circleKapasiti bateri terbaik

remove_circleBerat untuk dibawa

* Berat: 570g
* Saiz: 74 x 158 x 19mm
* Kapasiti bateri: 25,600mAh
* Port: 2x USB-A, 1x USB-C (Output) 1x USB-C (Input)

Dengan kapasiti bateri 25,600 mAh, Anker PowerCore III Elite ini mampu untuk mengecas apa jua jenis peranti.

Jika anda mahu mengecas MacBook anda yang kehabisan bateri, powerbank ini mampu melakukannya.

Memang sangat sesuai untuk anda yang gemar melakukan kerja secara on-the-go.

Seperti powerbank yang lain, Anker PowerCore III Elite juga mampu mengecas tiga peranti sekali gus.

Selain itu, ia dilengkapi dengan port USB-C 60W dan sepasang port USB-A yang mampu mengeluarkan jumlah output 18W ke dua-dua port.

Bukan hanya untuk kegunaan peranti berkuasa tinggi, peranti berkuasa rendah seperti smartwatch juga sesuai dicas.

Ini kerana ia mempunyai fungsi trickle-charging dan harganya boleh tahan mahal untuk sebuah powerbank.

Untuk anda yang mahukan powerbank tahan lama dan mempunyai bajet lebih, boleh dapatkan powerbank ini.

Powerbank 10000mah terbaik

Semak Mophie Powerstation Wireless XL 10,000mAh harga dibawah:

add_circlePengecasan nirwayar

add_circlePelbagai pilihan port

remove_circleBersaiz besar

* Berat: 230g
* Saiz: 70 x 135.5 x 18mm
* Kapasiti bateri: 10,000 mAh
* Port: 1x USB-C, 2x USB-A

Mophie Powerstation Wireless XL 10,000mAh merupakan sebuah powerbank dengan kemampuan melakukan pengecasan tanpa wayar.

Kapasiti bateri bagi powerbank ini hanyalah sebanyak 10,000 mAh, namun ia cukup untuk penggunaan harian.

Powerbank ini boleh mengecas 2 peranti serentak dimana satu peranti menggunakan wayar dan satu lagi secara nirwayar.

Walaupun kapasiti bateri tidak terlalu besar, saiz powerbank ini boleh dikatakan agak besar.

Jadi agak sukar untuk dipegang. Bagaimanapun, tetap mampu berfungsi dengan baik.

Paling penting, powerbank ini menyokong port USB-C dan menjadi powerbank yang boleh mengecas peranti anda di mana sahaja.

Powerbank 30000mah terbaik

Semak Baseus 30000mAh harga dibawah:

add_circleAda indikator LED

add_circleKapasiti bateri besar

remove_circleBerat untuk dibawa

* Berat: 645g
* Saiz: 151 x 68.8 x 41.7mm
* Kapasiti bateri: 30,000 mAh
* Port: 3x Type C & USB (Output) 2x Type C & Micro (Input)

BASEUS merupakan salah satu jenama powerbank terbaik dan model ini antara yang terbaik untuk tahun ini.

Kapasiti bateri sebanyak 30,000 mAh dengan menggunakan bateri jenis Polimer Lithium.

Jadi anda tidak perlu risau dengan keperluan mengecas powerbank ini dengan kerap.

Tambahan lagi, powerbank tahan lama ini diperbuat daripada bahan plastik yang tahan lasak dan keras.

Terdapat dengan 2 port input (Jenis C & Mikro), 3 port output (Jenis C & USB) dan fungsi Pengecasan Pantas.

Anda juga boleh mengecas peranti anda semasa sedang mengecas powerbank ini.

Selain itu, powerbank ini juga mempunyai perlindungan suhu NTC dan waranti selama 6 bulan.

Dari segi harga, ianya tidak terlalu mahal dan masih dalam lingkungan harga mampu milik.

Semak Pineng PN-899PD 30000mAh harga dibawah:

add_circleWaranti setahun

add_circleBateri kapasiti besar

add_circlePengecasan pantas

remove_circleTebal dan berat untuk dibawa

* Berat: 642g
* Saiz: 150 x 74 x 37.7mm
* Kapasiti bateri: 30,000 mAh
* Port: 2x USB-A & USB-C (Output) 3x Mikro, Lightning & USB-C (Input)

Satu lagi pilihan Powerbank dengan pengecasan pantas terbaik ialah PINENG PN-899PD 30000mAh.

Jenama terkenal ini didatangkan dengan kapasiti bateri yang besar dan menggunakan bateri jenis Polimer Litium 30000mAh.

Dengan reka bentuk yang simple dan berat sebanyak 642 gram, model dari jenama power bank berkualiti.

Malah merupakan salah satu powerbank terbaik untuk iPhone kerana kuasa pengecasan pantas boleh dikatakan antara yang terbaik.

Mempunyai 3 port input iaitu Lightning, Micro & USB-C, dan 2 port output iaitu USB-A dan juga USB-C.

Setiap pembelian powerbank ini, anda turut akan diberi kabel percuma, travel pouch dan waranti setahun.

Semak UGREEN 20W PD harga dibawah:

add_circleBersaiz kecil dan mudah dibawa

add_circleWaranti setahun

remove_circleKapasiti bateri kecil

* Berat: 181g
* Kapasiti bateri: 10,000 mAh
* Port: 2x Type C & USB (Output) 1x Type C (Input)

Powerbank dari jenama power bank berkualiti UGREEN ini menawarkan sebuah powerbank pada harga berpatutan.

Berat powerbank ini adalah sebanyak 181 gram dan ia direka sesuai dengan saiz poket anda. Jadi mudah untuk dibawa semasa berjalan.

Walaupun kapasiti powerbank ini kecil, iaitu sebanyak 10,000 mAh dan sesuai untuk kegunaan harian anda.

UGREEN 20W PD ini didatangkan dengan 1 port input (Jenis C) dan 2 port output (USB & Jenis C). I

Menyokong fungsi Quick Charge 3.0 dan 20W USB Power Delivery 3.0.

Dengan penyesuai Power Delivery 18W, ia hanya mengambil masa 3 jam untuk mendapatkan cas penuh.

Powerbank fast charging terbaik

Semak YOOBAO 30W-PD harga dibawah:

add_circleWaranti setahun

add_circlePengecasan pantas

add_circleKapasiti bateri besar

remove_circleTebal dan berat untuk dibawa

* Berat: 630g
* Saiz: 148 x 74 x 38mm
* Kapasiti bateri: 30,000 mAh
* Port: 2x USB (Output) 3x Lightning, Type C & Mikro (Input)

YOOBAO 30W-PD merupakan sebuah powerbank dengan kuasa pengecasan pantas dan super pantas terbaik.

Merupakan powerbank tahan lama dengan kapasiti bateri sebanyak 30,000 mAh.

Model ini mempunyai 3 port input (Lightning, Jenis C & Mikro) dan 2 port output (USB yang menyokong Pengecasan Dua Hala 18W).

Jadi anda boleh mengecas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Selain itu, turut dilengkapi paparan LED & Sistem Pengiraan Pintar Terbina Dalam.

Harga powerbank ini pula masih dalam lingkungan mampu milik dan ianya berharga bawah RM100.

Memang ia sebuah powerbank tahan lama dan berkualiti yang sangat mampu untuk dimilik.

Powerbank sesuai untuk mengecas laptop anda

Semak RAVPOWER 20,100mAh Built-in AC Outlet harga dibawah:

add_circleBoleh guna untuk cas laptop

add_circlePower Delivery yang tinggi

remove_circleTidak kalis air

* Berat: 630g
* Saiz: 6 x 2 x 2 inci
* Kapasiti bateri: 20,100 mAh
* Port: 2x USB-C, USB-A & AC (Output) 1x USB-C (Input)

Powerbank ini mempunyai outlet AC yang seperti di rumah anda. Anda boleh menggunakan pelbagai peralatan elektrik dan juga mengecas laptop! Tenaga maksimum yang boleh dijana oleh powerbank ini adalah 65W.

Di samping itu, powerbank ini juga mempunyai port USB-A dan juga port USB-C untuk mengecas telefon anda pada masa yang sama.

Apa Fungsi Power Bank?
Seperti yang kita maklum kegunaan power bank ialah untuk mengecas peranti secara on-the-go tanpa memerlukan soket elektrik.

Ia alat pengecas yang mudah digunakan, boleh dicas semula dan hanya memerlukan kabel USB yang sesuai dengan peranti anda.

Antara fungsi lain power bank ialah boleh mengecas speaker, tablet atau iPad, kipas portable dan banyak lagi!

Namun, ia bergantung juga pada kapasiti power bank yang biasanya bermula dari 10,000mAh sehingga 80,000mAh.

Power bank sudah menjadi kewajipan bagi setiap individu, lebih lagi sekarang memang smartphone atau tablet sudah tidak lekang dari tangan.

Ciri-ciri Power Bank Yang Bagus
Sebelum memilih powerbank yang sesuai keperluan anda, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kapasiti bateri powerbank tersebut.

Berapa banyak pengecasan yang mampu diberikan dalam satu masa.

Selepas itu, baru lah boleh melihat ciri-ciri lain seperti:

Pastikan anda memilih jenis powerbank yang mempunyai sekurang-kurangnya port USB-C sebagai port input.

Juga anda harus memilih powerbank yang menawarkan pelbagai port output supaya anda boleh mengecas beberapa peranti secara serentak dalam satu masa.

Bahagian luar powerbank yang terbaik biasanya diperbuat daripada plastik keras untuk lebih tahan lama.

Ada juga yang diperbuat daripada aluminium untuk kelihatan lebih futuristik & moden.

Tapi apa yang penting, pilih powerbank yang menjanjikan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang.

Mempunyai jaminan atau waranti adalah perkara yang sangat baik untuk memastikan sebarang kerosakan dapat dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.

Jadi, pilih lah powerbank yang menawarkan warranty yang lama dan sekurang-kurangnya warranty selama 6 bulan.

Ciri tambahan lain seperti lampu, skrin penunjuk bateri, kabel yang terbina di dalam, casing atau travel pouch.

Aksesori ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan terakhir sebelum membuat pembelian.

Apa pun, jom saksikan video dibawah bagaimana memilih kapasiti power bank yang bagus.

Artikel Berkaitan