10 Smartphone Gaming Murah Bawah RM1000 Terbaik

Bagi yang mempunyai bajet terhad untuk membeli smartphone gaming terbaik, sebenarnya ada saja yang jual pada harga murah bawah RM1000.

Walaupun murah tapi handphone gaming ini masih dapat memberi kepuasan kerana kualiti dan spesifikasi yang khas untuk bermain game.

Tak perlu runsing lagi mana nak cari smartphone gaming terbaik dan murah, jom lihat senarai berikut.

Smartphone gaming murah dengan dual kamera

Semak Huawei Honor 7X harga dibawah:

add_circleKualiti kamera yang memuaskan

add_circleBersaiz kecil dan selesa dipegang

add_circleKualiti paparan skrin yang tinggi

remove_circleTidak menyokong pengecasan pantas

remove_circleBateri kurang memuaskan

* Chipset: Kirin 659
* OS: Android 7.0 (Nougat), boleh naik taraf ke Android 8.0 (Oreo), EMUI 5.1
* RAM: 3GB, 4GB
* Storan dalaman: 32GB, 64GB, 128GB
* Saiz Skrin: 5.93-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 3340 mAh
* Kamera: 16MP (lebar) 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Handphone Huawei Honor 7X dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.93 inci.

Ia boleh memuatkan 4 game dalam satu masa tanpa memakan ruang penyimpanan yang banyak.

Dilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 659, anda boleh bermain tanpa had.

Network 4G ini membolehkan anda bermain game dimana sahaja anda berada tanpa masalah loading.

Bagaimanapun, dari segi harga, model ini hanya boleh didapati dengan harga bawah RM1000 pada model refurbished sahaja.

Tapi kondisi smartphone ini walaupun bukan first hand, ianya tetap mampu berfungsi dengan baik. Untuk bermain PUBG, Huawei Honor 7X masih mampu berfungsi dengan lancar.

Smartphone gaming murah dengan ram besar

Semak Sharp Aquos R harga dibawah:

add_circleKadar penyegaran 120Hz

add_circleKualiti kamera memuaskan

remove_circleTidak menyokong microSD

* Chipset: Snapdragon 835
* OS: Android OS v7.1 (Nougat), boleh naik taraf ke Android 10.
* RAM: 4GB
* Storan dalaman: 64GB
* Saiz Skrin: 5.3-inch
* Resolusi: 1440 x * Bateri: 3160 mAh
* Kamera: 23MP (belakang) 16MP (swafoto)

Sharp Aquos R dilengkapi dengan Snapdragon 835 yang cukup untuk memberi kelancaran semasa bermain game.

Walaupun jenama ini tidak terkenal, tetapi spesifikasi yang diberikan cukup terbaik untuk bermain permainan mudah alih.

Antaramuka yang seakan stock android memberikan kelancaran.

Selain itu, yang membezakan antara Sharp Aquos R dengan telefon lain adalah ciri skrin dengan kadar penyegaran 120Hz. Ini pasti memberikan pengalaman menggunakan telefon lebih lancar.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan harga bawah RM1000, smartphone gaming terbaik ini ditawarkan bagi model second hand original.

Kualiti bagi smartphone yang ditawarkan tetap berada dalam keadaan terbaik.

Untuk smartphone gaming bawah RM300 dengan ram sebesar 4GB, Sharp Aquos R mungkin pilihan anda.

Smartphone gaming murah dengan dual speaker stereo

Semak Xiaomi Poco X3 Pro harga dibawah:

add_circleMempunyai pembesar suara stereo

add_circleMenggunakan skrin Gorilla Glass 6

add_circleBateri tahan lama

remove_circlePrestasi tidak konsisten

* CPU: Octa-core
* OS: Android 11
* Chipset: Qualcomm Snapdragon 860 (7 nm)
* Berat: 215g
* Warna: Phantom Black, Frost Blue, Metal Bronze

Telefon pintar Xiaomi Poco X3 Pro dikeluarkan pada 22 Mac 2021 dan model ini lebih kurang dengan Poco X3 Pro NFC yang dikeluarkan pada September 2020.

Bahagian kamera model ini agak unik kerana berbentuk segi bentuk empat dengan bucu bulat dan mempunyai dual speaker atas dan bawah.

Display skrin ini lebih tahan dan smooth kerana menggunakan skrin jenis Gorilla Glass 6 dengan skrin 120Hz refresh rate.

Malangnya, brightness skrin akan kelihatan kurang terang apabila terkena cahaya sinar UV.

Tapi bahagian kamera tidak mengecewakan kerana kamera utama model ini memiliki 48MP yang mana berbaloi dengan harga yang diberikan.

Smartphone gaming bawah rm600

Semak Realme C12 harga dibawah:

add_circleReka bentuk yang menarik

add_circleBateri tahan lama

add_circleKualiti paparan skrin memuaskan

remove_circlePrestasi kurang memberangsangkan

remove_circlePembesar suara kurang memuaskan

* Chipset: Helio G35
* OS: Android 10, boleh naik taraf ke Android 11, Realme UI 2.0
* RAM: 3GB, 4GB
* Storan dalaman: 32GB, 64GB
* Saiz Skrin: 6.5-inch
* Resolusi: 720 x * Bateri: 6000 mAh
* Kamera: 13MP + 2MP + 2MP, 5MP (swafoto)

Realme C12 dibina menggunakan ciri-ciri utama smartphone gaming. Ia dilengkapi cipset gaming Helio G35, Octa-core 12nm processor A53 sehingga kadar 2.3GHz turut mempunyai GE8320 GPU (Graphic Processing Unit).

Selain itu, Realme C12 hadir dengan saiz skrin 6.5 inci dengan IPS LCD panel dan juga corning glass protection bagi melindungi skrin handphone.

Resolusinya pula pada 720 x 1560. Dari segi paparan skrin, anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya yang mampu memberikan paparan jelas dan tajam semasa bermain game.

Apa yang menarik, bagi telefon ini ia dijana dengan bateri sebesar 6000 mAh yang mampu bertahan lama semasa bermain game.

Jadi anda tidak perlu risau kehabisan bateri dengan cepat. Harga bagi smartphone gaming terbaik ini juga tidak terlalu mahal, dan anda akan dapat sebuah telefon baru yang berkualiti.

Smartphone gaming bawah rm1000

Semak Xiaomi Redmi 9 harga dibawah:

add_circleMempunyai multi kamera di belakang

add_circleResolusi Full HD+ yang memuaskan

remove_circleTiada ketahanan kalis air

* Chipset: Mediatek Helio G80
* OS: Android 10, MIUI 11
* RAM: 3GB, 4GB, 6GB
* Storan dalaman: 32GB, 64GB, 128GB
* Saiz Skrin: 6.53-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 5020 mAh
* Kamera: 13MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Harga Xiaomi Redmi 9 ini sangat murah berdasarkan spesifikasi-spesifikasi yang ditawarkan.

Ditambah lagi ia diteraskan dengan chipset gaming iaitu Media Tek Helio G80, memang sesuai untuk gaming dengan setting atau tetapan sederhana sehingga tinggi.

Handphone ini merupakan sebuah smartphone entry-level.

Bagaimanapun, apa yang anda akan dapat adalah lebih daripada sebuah smartphone entry-level. Spesifikasi yang ditawarkan adalah pada tahap yang tinggi.

Dengan dilengkapi pemproses yang baik, skrin LCD Full HD +, bateri sebesar 5020 mAh dan juga mempunyai NFC, ia sudah cukup menjadikan smartphone gaming terbaik ini berbaloi dibeli.

Smartphone gaming murah dengan memori besar

Semak Xiaomi Redmi 9T harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

remove_circleLagging untuk kegunaan harian

* CPU: Octa-core
* OS: Android 10
* Chipset: Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 (11 nm)
* Berat: 198 g
* Warna: Carbon Gray, Twilight Blue, Sunrise Orange, Ocean Green

Telefon pintar Redmi 9T dikeluarkan pada 18 Januari 2021 dengan harga sangat berpatutan iaitu bawah RM600 dan boleh dikatakan pengganti kepada model Redmi 9.

Walaupun harga telefon pintar ini murah tapi dapat memberi kepuasan kepada pengguna kerana memiliki skrin Full HD+ 1080p dan mempunyai saiz bateri besar jadi mampu bertahan lama kerana menggunakan bateri jenis Li-Po 6000 mAh.

Dengan kelebihan mempunyai dual stereo speakers dimana terletak pada bahagian atas dan bawah mampu memberikan effect kualiti bunyi yang sangat bagus dan berpuas hati apabila menonton movie atau video di YouTube.

Bahagian kamera pula, Redmi 9T ini mempunyai 4 kamera belakang; 48MP kamera utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan sensor kedalaman 2MP.

Smartphone gaming murah dengan bateri tahan lama

Semak Realme Narzo 20 harga dibawah:

add_circleKualiti kamera memuaskan

add_circleReka bentuk menarik

add_circleBateri tahan lama

remove_circleTiada Gorilla Glass

* Chipset: MediaTek Helio G85
* OS: Android 10, boleh naik taraf ke Android 11, Realme UI 2.0
* RAM: 4GB
* Storan dalaman: 64GB, 128GB
* Saiz Skrin: 6.5-inch
* Resolusi: 720 x * Bateri: 6000 mAh
* Kamera: 48MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 8MP (swafoto)

Realme Narzo 20 merupakan salah satu peranti smartphone gaming murah keluaran Realme.

Ia dikuasakan oleh Helio G85 Gaming Processor. GPU smartphone gaming ini juga dikatakan mampu memberi kepuasan bermain game maksimum kepada pengguna.

Review dari kaki gamers juga mengatakan pengalaman bermain game menggunakan Realme Narzo 20 cukup terbaik.

Dari segi kamera, handphone ini dilengkapi dengan 48MP AI quad-camera yang pasti meningkatkan kualiti gambar dan video yang diambil.

Jadi, bukan sahaja ia sebuah smartphone gaming terbaik, tetapi turut dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang terbaik.

Apa yang menarik, Realme Narzo 20 turut dilengkapi dengan sistem cooling yang advance bagi menyokong game yang berat. Jadi telefon anda tidak akan terasa panas ketika sedang asyik bermain.

Dari segi ketahanan bateri pula memang tidak dinafikan mampu bertahan lama dengan saiz bateri sebesar 6000 mAh.

Smartphone gaming bawah rm2000

Semak Samsung Galaxy A51 harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

add_circleSkrin Super AMOLED

add_circlePengimbas cap jari yang pantas

remove_circleKamera kurang memuaskan

* Chipset: Exynos 9611 (10nm)
* OS: One UI 2.0, Android 10
* RAM: 6GB
* Storage: 128GB
* Saiz Skrin: 6.5-inch
* Resolusi: 1080 x 2400 pixels
* Bateri: 4000 mAh

Samsung Galaxy A51 dilengkapi dengan bateri bersaiz 4000 mAh dan juga pengecasan pantas.

Selain bateri tahan lama, anda juga dapat mengecas handphone anda dengan cepat dan boleh sambung bermain game.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan quad camera dengan 48MP pada kamera utama. Gambar yang anda ambil menggunakan handphone ini pastinya akan mempunyai kualiti tinggi.

Selain itu, paparan skrinnya juga menarik dengan dilengkapi Super AMOLED paparan infiniti. Saiz skrin juga agak besar iaitu sebesar 6.5 inci. Bukan sekadar bermain game, tetapi untuk menonton video dan movie pun memang puas hati.

Untuk memori, tak perlu risau kalau tak cukup kerana Samsung Galaxy A51 menyokong microSD sehingga 512GB.

Lebih menarik, phone gaming terbaik ini turut menyokong rangkaian 5G. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding model lain dalam senarai, tetapi spesifikasi yang ditawarkan cukup berbaloi dengan harga.

Smartphone gaming murah dengan kamera terbaik

Semak Vivo S1 Pro harga dibawah:

add_circleMenyokong microSD

add_circlePenggunaan tenaga yang rendah

add_circleKamera berkualiti tinggi

remove_circleTidak dilengkapi Corning Gorilla Glass

remove_circleTiada ketahanan kalis air dan debu

* Chipset: Snapdragon 665
* OS: Android 9.0 (Pie), Funtouch 9.2
* RAM: 8GB
* Storan dalaman: 128GB
* Saiz Skrin: 6.38-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 4500 mAh
* Kamera: 48MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (mikro) 2MP (kedalaman) 32MP (swafoto)

Vivo S1 Pro hadir dengan spesifikasi yang cukup kuat untuk main beberapa permainan pada tetapan grafik rendah. Ia dilengkapi chipset Snapdragon 665, 8GB RAM, dan storan dalaman 128GB.

Spek yang ada pada handphone ini mungkin tidak sesuai untuk game bergrafik tinggi seperti Asphalt 9.

Bagaimanapun, anda tetap dapat bermain Mobile Legends dan PUBG Mobile dengan lancar pada tetapan grafik rendah atau pertengahan. Anda boleh bermain permainan tersebut pada kadar 28 FPS.

Dari segi suhu, handphone akan terasa panas semasa sedang bermain game, tapi untuk ketahanan bateri ianya sangat bagus. Ia hanya menggunakan 13 peratus bateri dalam masa sejam.

Untuk kamera, ia hadir dengan quad camera yang mampu mengambil gambar pada kualiti yang tinggi. Gambar yang anda ambil akan kelihatan seperti diambil pada handphone yang berharga lebih mahal.

Namun, kamera hanya nilai tambah untuk smartphone gaming terbaik ini dan Vivo S1 Pro merupakan pilihan yang memuaskan untuk permainan pada tahap asas.

Smartphone gaming bawah RM500

Semak Myfon F10 harga dibawah:

add_circleMenyokong dual-sim

add_circleKeselamatan dengan Face Unlock

add_circleReka bentuk yang menarik

remove_circleKualiti kamera kurang memuaskan

* Chipset: 1.3GHz Quad Core
* OS: Android Oreo
* RAM: 3GB
* Storage: 32GB
* Saiz Skrin: 6.53-inch
* Bateri: 3000 mAh
* Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)

Agak mengejutkan telefon pintar buatan Malaysia ini setanding dengan jenama telefon lain walaupun dalam kategori smartphone bawah RM300.

Myfon F10 mempunyai 3 kamera utama. Mungkin gambar yang diambil mungkin tidak secantik telefon canggih tapi kualiti yang diberikan sesuai pada harganya.

Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan 3GB RAM, storage 32GB dan turut dilengkapi chipset Quad Core, untuk bermain game seperti Mobile Legends pun tiada masalah.

Apa yang menarik, Myfon F10 dilengkapi dengan ciri keselamatan Face Unlock manakala kapasiti bateri sebesar 3000 mAh.

Jadi kalau nak cuba telefon pintar buatan Malaysia yang berkualiti, boleh beli Myfon F10.

Ciri-ciri Smartphone Terbaik & Murah Untuk Gaming
Sekarang memang makin mudah nak bermain game.

Di mana sahaja asalkan mempunyai smartphone.

Tapi bukan semua smartphone seronok untuk bermain game sebab setengahnya mempunyai masalah lagging dengan paparan skrin yang kurang menarik.

Jadi apa smartphone terbaik dan murah untuk gaming?
Di pasaran memang terdapat pelbagai jenama telefon, dan setengahnya dibina khas untuk kaki gamers.

Antara smartphone yang dilengkapi dengan ciri-ciri gaming berkualiti tinggi adalah seperti Nubia, ROG Phone 2, Red Magic 5G atau Black Shark 3 Pro.

Ini antara smartphone gaming terbaik yang dibina menggunakan spesifikasi khas untuk gamers.

Malangnya, harganya juga boleh mencecah sehingga 3 hingga 4 ribu ringgit.

Jadi untuk cari smartphone gaming yang terbaik dengan harga yang murah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lihat.

Jom saksikan video berikut.

Selain itu, dapatkan juga smartphone gaming yang mempunyai ketahanan bateri yang tinggi.

Dari segi kamera, kurang penting kerana kehendak utama adalah untuk bermain game.

Smartphone jenama seperti POCO antara yang menawarkan phone spek gaming tetapi memiliki kualiti kamera yang rendah.

Harganya juga murah di bawah RM1000 tapi video di bawah menunjukkan perbandingan bermain game menggunakan iPhone dan Android.

Memang banyak smartphone gaming di pasaran sekarang yang anda boleh dapatkan pada harga bawah RM1,000.

Ia juga turut dilengkapi dengan spek gaming terbaik dan boleh bermain game berat seperti PUBG mobile dan Mobile Legend.

Artikel Berkaitan