CiriCiri Support Dan Resistance Yang Perlu Nubie Tahu

Tajuk kali ini adalah kesinambungan dari pembelajaran sebelum ini iaitu asas Support dan Resistance. Seperti yang anda tahu Support dan Resistance juga dikenali dengan singkatan SNR. Ianya begitu popular yang mana trader dari serata dunia menggunakan tools ini.

Support dan Resistance Ini merupakan tools yang paling simple dan wajib untuk dipelajari kerana ianya mudah untuk difahami.

.

Dalam bahasa pasar atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami Support adalah lantai. Dan yang kedua sebarang garis yang berada di bawah price semasa dikenali sebagai Support.

.

Bagi Resistance pula, dalam bahasa pasar atau dalam bahasa yang mudah untuk di fahami adalah bumbung. Dan yang kedua sebarang garis yang berada di atas price semasa dikenali sebagai Resistance

.

Support dan Resistance ini akan sentiasa terbentuk dari masa ke semasa selagimana transaksi jual beli terus berlaku di dalam market.

Perlu diketahui Support dan Resistance juga mempunyai ciri-ciri tertentu untuk diambil sebagai point terpenting. Ianya mempunyai 2 ciri-ciri iaitu ;

Artikel Berkaitan

.

* PRICE HOLD – Price Hold bermaksud apabila price sampai ke satu level, dan berlegar-legar atau bermain-main di area tersebut dalam beberapa ketika ataupun dalam satu jangka masa tertentu. Rujuk rajah di bawah

Melalui Rajah di atas jelas menunjukkan setiapkali price sampai ke level tertentu, price akan berlegar-legar atau bermain-main atau dalam satu jangka masa tertentu sebelum melakukan reversal ataupun melakukan breakout dan ini adalah salah satu ciri-ciri point Support dan Resistance yang perlu diambil kira.

.

* PRICE BOUNCE – Price bounce pula bermaksud, apabila price sampai ke satu level, ianya melantun atau berpatah balik ataupun rejection dan meninggalkan shadow. Rujuk rajah di bawah

Melalui rajah diatas, jelas menunjukkan apabila price sampai dilevel tertentu, rujuk bulatan warna kuning, price melantun ke atas. Kemudian apabila price datang kembali, ia melakukan perkara yang sama beberapa kali (rujuk bulatan biru).

.

Dan apabila price melakukan breakout price masih melakukan perkara yang sama di level tertentu dan melakukan bounce dan ini adalah salah satu ciri-ciri point Support dan Resistance yang perlu diambil kira.

.

Dapat sesuatu?

.

Artikel Lain