10 Handphone Gaming Terbaik 2022 Pubg Mobile Legends Dll

Dengan inovasi teknologi sekarang, anda boleh main game menggunakan smartphone.

Tidak perlu lagi mengusung laptop. Hanya menggunakan fon gaming paling bagus, anda boleh bermain game di mana saja.

Tapi handphone gaming yang mana satu sesuai untuk dibawa main game atas talian? Jom lihat senarai berikut.

Senarai 10 Smartphone Gaming Terbaik
Handphone untuk game berat

Semak Asus ROG 5 harga dibawah:

add_circlePrestasi luar biasa

add_circleSkrin dan speaker terbaik

remove_circleBesar dan berat

* CPU: Snapdragon 888
* OS: Android 11
* RAM: 8GB, 12GB, 16GB
* Storage: 128GB, 256GB
* Saiz Skrin: 6.78-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 6,000mAh
* Kamera: 64MP + 13MP + 5MP (belakang) & 24MP (depan)

Asus ROG Phone 5 mempunyai bateri 6,000mAh dengan pengecasan 65W, jadi anda boleh bermain game lebih lama.

Sebagai gamers, memang puas dapat bermain game tanpa risau bateri cepat habis.

Malah dilengkapi chipset Snapdragon 888 dan RAM sehingga 16GB sudah menjadikan sebuah telefon gaming berprestasi tinggi.

Ditambah pula dengan paparan skrin dengan refresh rate sebanyak 144hz dan kadar sentuhan sebanyak 300Hz sekaligus menjadukan lebih tinggi daripada fon gaming lain.

Skrin phone gaming terbaik ini besar dan disokong oleh dua pembesar suara menghadap ke depan.

Handphone gaming paling mahal

Semak Samsung Galaxy S21 Ultra harga dibawah:

add_circleMenyokong fungsi S pen

add_circleBateri tahan lama

add_circleKamera sangat berkualiti

remove_circleHarga yang sangat mahal

* CPU: Exynos 2100 / Snapdragon 888
* OS: Android 11
* RAM: 12GB, 16GB
* Storage: 128GB, 256GB, 512GB
* Saiz Skrin: 6.8-inch
* Resolusi: 1440 x * Bateri: 5,000mAh
* Kamera: 108MP + 10MP + 10MP + 12MP (belakang) & 40MP (depan)

Samsung Galaxy S21 Ultra menawarkan kamera belakang berkualiti tinggi dengan 108MP, 10MP, 10MP dan 12MP.

Manakala, untuk kamera depan 40MP.

Chipset dan resolusi skrin yang di lengkapkan pada fon gaming ini pasti melancarkan lagi pengalaman anda bermain game.

Bagaimanapun, masalah utama bagi telefon gaming ini mungkin pada harganya yang agak mahal.

Tapi jika ada bajet lebih, Samsung Galaxy S21 Ultra merupakan telefon pintar yang sesuai buat gamers yang sukakan spesifikasi gaming yang terbaik.

Handphone gaming dan kamera terbaik

Semak iPhone 12 Pro harga dibawah:

add_circleEkosistem game terbaik

add_circleSkrin cantik untuk gaming

* CPU: A14 Bionic chip
* OS: iOS 14
* RAM: 6GB
* Storage: 128GB, 256GB, 512GB
* Saiz Skrin: 6.1-inch
* Resolusi: 1170 x * Bateri: 2,815mAh
* Kamera: 12MP + 12MP + 12MP + LiDAR scanner (belakang) & 12MP (depan)

Smartphone dari Apple sememangnya terkenal dengan kamera yang berkualiti dan iPhone 12 Pro tidak terkecuali selain dapat bermain game tanpa lagging.

Paparan skrin 6.1’ menjadikan telefon ini ukuran yang tepat untuk pengalaman bermain game dengan puas.

Selain itu, kualiti kamera pada iPhone memang tidak dapat dinafikan kualitnya.

Jadi, anda boleh mengambil gambar dan video dengan cantik walaupun sering digunakan untuk bermain game.

Chipset iPhone 12 Pro antara yang terbaik serta saiz storage yang besar. Anda pasti tidak akan kecewa dengan kelajuan iPhone ini semasa bermain game.

Bagi anda yang inginkan phone gaming terbaik dan memiliki kamera paling bagus, inilah handphone gaming yang sesuai untuk anda.

Semak Xiaomi Black Shark 4 Pro harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

add_circlePengecasan pantas

add_circleRefresh rate tinggi 144Hz OLED display

remove_circleTiada pengecasan tanpa wayar

* CPU:Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G
* OS: Android 11
* RAM: 8GB/16GB
* Storage: 256GB/512GB
* Saiz Skrin: 6.67 inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: Li-Po 4500 mAh

Black Shark 4 Pro mempunyai kuasa bateri 4500 mAh yang mampu panjangkan tempoh penggunaan terutama ketika bermain game.

Ditambah pula, smartphone ini mampu melakukan pengecasan pantas dimana mengambil masa kira-kira 15 minit saja untuk pengecasan separuh penuh.

Untuk yang ingin melabur lebih membeli phone gaming terbaik, Black Shark 4 Pro boleh dikatakan antara yang handphone gaming yang murah jika dibandingkan dengan handphone lain.

Selain itu, Black Shark 4 Pro turut dilengkapi dengan chipset yang pantas dan paparan skrin OLED berukuran 6.67 inci.

SAekaligus menjadikan anda puas bermain game genshin menggunakan phone gaming terbaik ini.

Handphone gaming Mobile Legends

Semak Huawei P30 Pro harga dibawah:

add_circleRekaan yang sleek & trendy

add_circlePrestasi kamera terulung (daylight & lowlight)

remove_circleTiada kualiti video 4K

remove_circleTiada stereo speaker

* CPU: HiSilicon Kirin 980 Octa-Core
* OS: Android 9.0 (Pie)
* RAM: 8GB
* Storage: 256GB
* Saiz Skrin: 6.47” Full HD
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 4,200mAh Non-Removable Li-Po
* Kamera: 40MP (Belakang), 32MP HDR (Depan)

Dilengkapi 3 kamera belakang dan salah satunya mempunyai 5X zoom, menjadikan sebuah phone yang bukan saja sesuai untuk gaming tetapi untuk fotografi juga.

Chipset Kirin 980 memberi banyak pilihan main game yang power untuk anda dan RAM 8GB menjanjikan penukaran antara aplikasi yang lebih lancar tanpa masalah lagging.

Turut dilengkapi GPU turbo 3.0 memang sesuai untuk gamers di luar sana bermain game dengan puas.

Malah, handphone Huawei P30 Pro boleh mengoptimumkan prestasi dalam 25 permainan popular termasuk PUBG Mobile, Rules of Survival dan Mobile Legends.

Semak Lenovo Legion Phone Duel harga dibawah:

add_circlePengecasan pantas

add_circleKuasa pemprosesan yang banyak

remove_circleMasalah software

* CPU: Snapdragon 865 Plus
* OS: Android 10
* RAM: 12GB, 16GB
* Storage: 256GB, 512GB
* Saiz Skrin: 6.65-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 5,000mAh
* Kamera: 64MP + 16MP (belakang) & 20MP (depan)

Handphone gaming pertama dari Lenovo model Legion Phone Duel dilengkapi dengan spesifikasi khas untuk phone gaming terbaik kerana mampu membuat pengecasan pantas 90W.

Telefon gaming ini mempunyai pemprosesan dan perisian tinggi yang di optimumkan untuk digunakan dalam mod lanskap.

Semua ini akan menjadikan pengalaman anda main game menyeronokkan.

Cuma masalah bagi telefon ini adalah pada perincian dan kamera dimana berada dalam kelas yang biasa.

Namun, sekiranya anda mencari phone yang sesuai untuk gaming dan terbaik di pasaran sekarang, ini antara salah satunya.

Semak Xiaomi Redmi 9T harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

remove_circleLagging untuk kegunaan harian

* CPU: Snapdragon 662
* OS: Android 10, MIUI 12
* RAM: 4GB/6GB
* Storage: 64GB/128GB
* Saiz Skrin: 6.53-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri:6000 mAh
* Kamera: 48MP (belakang) 8MP (depan)

Redmi 9T merupakan fon gaming murah dengan harga bawah RM600 dan sesuai jika anda mahu main game seperti PUBG atau Mobile Legends.

Walaupun harganya murah, Model 9T ini juga dilengkapi dengan chipset Snapdragon 662 bersama kapasiti RAM 6GB dan storage 128GB.

Telefon gaming ini juga mempunyai kapasiti bateri yang besar, iaitu sebanyak 6000 mAh dan anda boleh main game dalam masa yang lama tanpa risau bateri cepat habis.

Ini merupakan phone gaming terbaik yang murah jika anda hanya mahu main game.

Tapi kalau masukkan aplikasi lain yang berat, kemungkinan besar boleh membuatkan telefon ini lagging.

Handphone gaming murah bawah RM1000

Semak Xiaomi Redmi Note 10 harga dibawah:

add_circleBoleh main PUBG

add_circleSkrin display yang baik

remove_circleTiada reverse charging

remove_circlePrestasi kamera depan semakin menurun

* CPU: Snapdragon 678
* OS: Android 11
* RAM: 4 GB/6 GB
* Storage: 64 GB/128 GB
* Saiz Skrin: Super AMOLED, 6.43-inch
* Resolusi: 1080 x * Bateri: 5000 mAh
* Kamera: 48MP, 8MP, 2MP, 2MP (belakang) 13MP (depan)

Redmi Note 10 keluaran tahun 2021 ini dilihat sangat sesuai untuk main game PUBG dan pelbagai jenis game yang berkaitan dengan game mobile.

Bahagian skrin pula, model Redmi ini mempunyai kelebaran dan panjang skrin 6.43inci dan menggunakan skrin Super AMOLED. Sudah terang lagi bersulu, Redmi Note 10 mampu beri kepuasan bermain game dengan gambar yang jelas.

Handphone gaming ini dilengkapi prosesor Snapdragon 678 dan ditawarkan dengan RAM bermula 4GB, dan storage bermula 64GB.

Kapasiti baterinya juga besar dan membolehkan anda untuk bermain game lebih lama. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas.

Lebih menarik, handphone gaming ini boleh didapati dengan harga bawah RM1,000. Boleh dikategorikan sebagai phone gaming terbaik dengan bajet mampu milik.

Smartphone gaming terbaik secara keseluruhan

Semak OnePlus 9 Pro harga dibawah:

add_circleKamera Oneplus terbaik

add_circleBateri tahan lama

remove_circleTiada slot storage luar

* CPU: Snapdragon 888
* OS: Android 11
* RAM: 8/12GB
* Storage: 128/256GB
* Saiz Skrin: 6.7-inch
* Resolusi: 1440 x * Bateri: 4,500mAh
* Kamera: 48MP + 50MP + 8MP + 2MP (belakang) 16MP (depan)

Phone gaming terbaik dari OnePlus 9 Pro dilengkapi feature Hyper Touch yang dapat meningkatkan kadar sentuhan dari 240Hz sehingga 360Hz.

Sekaligus menjadikan smartphone ini memberi responsif yang sangat pantas dan sesuai untuk bermain game.

Selain itu, OnePlus 9 Pro dilengkapi chipset Snapdragon 888 kelas atas dan RAM sehingga 12GB.

Maksudnya telefon gaming ini memang direka khas untuk gamers.

Tambahan pula, bahagian paparan visual semasa bermain game lebih mengujakan dengan resolusi skrin 1440 x 3216.

Serta menggunakan skrin jenis AMOLED 6.7 inci bersama kadar refresh rate sehingga 120Hz.

Dari segi kamera pula, OnePlus 9 Pro memiliki kamera yang terbaik berbanding model OnePlus yang lain.

Jadi selain daripada dapat main game, anda juga dapat ambil gambar dengan kualiti yang cantik.

Handphone gaming bateri besar

Semak Oppo Find X3 Pro harga dibawah:

add_circlePrestasi gaming pantas

add_circlePaparan skrin berkualiti

remove_circleReka bentuk lama

remove_circleTiada kamera periskop

* CPU: Snapdragon 888
* OS: Android 11
* RAM: 8/12GBGB
* Storage: 256GB
* Saiz Skrin: 6.7-inch
* Resolusi: 1440 x * Bateri: 4500mAh
* Kamera: 50MP + 15MP + 50MP + 3MP (Belakang), 32MP (Depan)

Smartphone Oppo Find X3 Pro ini menggunakan processor Snapdragon 888 serta dilengkapi dengan paparan skrin berkualiti AMOLED bersama QHD+ yang akan bagi kepuasan semasa bermain game.

Bateri smartphone gaming ini juga boleh menampung tempoh main game yang lama, dan ia turun hadir dengan pembesar suara Dolby-tuned yang menambahkan lagi keseronokan buat kaki gamers.

Tambahan lagi, fon gaming ini turut dilengkapi mod Ruangan Permainan Oppo yang dapat menyembunyikan notifikasi lain dan mengoptimumkan pemprosesan semasa main game.

Kesimpulannya, Oppo Find X3 Pro merupakan antara phone gaming terbaik. Jadi anda harus milikinya jika anda kaki gamers yang suka spesifikasi game berat.

Tips Beli Gaming Smartphone Terbaik
Bagi kaki gaming, anda kena tahu cara betul pilih smartphone yang sesuai untuk penggunaan game.

Memang semua handphone boleh bermain game tapi yang mana satu paling berbaloi untuk digunakan bermain game?

Semuanya bergantung kepada spesifikasi handphone gaming tersebut.

Pertama sekali perlu lihat bahagian CPU smartphone kerana bahagian ini merupakan hub utama untuk sebuah handphone beroperasi dengan baik untuk bermain game.

Bukan apa, kalau beli smartphone CPU rendah kualiti, nanti akan lagging ketika main game.

Jadi, CPU yang terbaik seperti Kirin 980 memang laju dan memberikan prestasi sangat baik.

Selain CPU, GPU juga penting kerana fumgsi GPU seakan-akan pembantu CPU dengan pengedalian visual.

Jika inginkan grafik game yang terbaik, pilih GPU Turbo 2.0 dimana boleh memberi kelancaran yang cepat dan lancar.

Kemudian, lihat juga bahagian cooling system pada smartphone bagi mengelakkan telefon pintar mudah panas semasa bermain game.

Kami sarankan pilih smartphone Huawei kerana mereka menggunankan cooling system yang hebat iaitu Supercool.

Akhir sekali, lihat pada kebesaran bateri. Maklumlah, nak main game kan lama-lama, jadi kenalah cari handphone gaming yang memiliki ketahanan bateri yang lama.

Bagaimana Mencari Spesifikasi Handphone Gaming Terbaik?
Jika inginkan handphone gaming yang betul-betul memiliki spesifikasi terbaik tentu harganya juga melebihi 3 ribu ke atas.

Jadi, sebab itu kena pandai menilai spesifikasi smartphone gaming yang sesuai dengan keperluan kita.

Jika jenis main game yang tidak terlalu berat, mungkin boleh cari spesifikasi yang rendah sikit.

Tapi jika anda seorang kaki gamers tegar yang jadikan smartphone untuk bermain game, anda boleh lihat handphone gaming yang dilengkapi chipset Snapdragon 835 dan keatas, Exynos 8895 dan keatas atau Mediatek Helio G90 dan keatas.

Selain itu, kipas penyejuk seperti liquid cooling atau supercool juga patut diberi perhatian semasa melihat spesifikasi handphone gaming.

RAM dan saiz storan yang tinggi juga memainkan peranan penting dalam kelancaran bermain game.

Saranan kami, cari yang 4GB RAM ke atas dan storan lebih dari 128GB.

Akhir sekali, untuk kepuasan dari segi paparan, pilih smartphone yang memiliki paparan skrin dengan refresh rate yang tinggi setinggi 144hz.

Artikel berkaitan